Percaya atau tidak,kali pertama saya menjejakkan kaki ke Genting Highland ketika sekolah tadika atau di awal sekolah rendah,saya tidak dapat ingat dengan tepat.Yang pastinya saya ke Genting Highland waktu itu 30 tahun yang lalu dibawa oleh bapa saudara dan adik-adik sepupu saya 

Jika diingat kembali fotonya,saya ada sekeping gambar di Genting Highland entah dimana tersimpannya foto itu sekarang.Ketika itu saya berskirt mini,berambut kerinting dan berkaca mata kerana sudah mulai rabun.

Badan saya kurus keding dengan cuaca sejuk menampakkan kaki yang kurus macam lidi dengan skirt pendek itu.Adik sepupu saya pula sekitar baru pandai berjalan,gambar kami berdua hampir 30 tahun yang lalu  masih segar diingatan walaupun sudah hilang dari simpanan.

Selepas itu saya tidak lagi pernah menjejakkan kaki ke Genting Highland walaupun jaraknya tidak sampai sejam dari rumah saya.Kenapa ya?Sebab utamanya tiada yang membawa saya kesana,hatta suami saya tidak gemar kesana.Lagipula saya sering mendengar cerita kemalangan berlaku ketika naik kesana buat saya hati kecut nak ke Genting Highland.

Dulu ketika berkhidmat di CIMB Bank,ada juga berita staff CIMB BANK yang bertugas disana,mati dalam perjalanan ,bas dinaiki kemalangan dan jatuh ke gaung.Ia buat saya juga kecut hendak  kesana.

Diawal January tahun 2023,saya juga telah menerima jemputan menerima award di Genting atas pencapaian saya dalam sales in banking,namun atas sebab perlu berkampung 3 hari disana tidak memungkinkan saya tinggalkan anak saya yang masih breastfeeding.Akhirnya keinginan saya ke Genting tidak jua kesampaian.

Namun entah bagaimana ,saya bersetuju ke Genting bersama-sama rakan saya pada  Julai yang lalu dan kami pilih "healing" atau "me time" bersama-sama di Genting Highland.

Ternyata perjalanan ke Genting Highland sangat lancar,jaraknya memang tidak jauh dari rumah saya.Kami parking di GPO .Ia lebih mudah sebenarnya tanpa memandu sampai keatas.Kami menjadikan percutian ringkas di Genting Highland sebagai release stress selepas berhempas pulas bekerja mengejar target beberapa minggu sebelum itu.


Parking di GPO untuk satu hari hanyalah RM18.Kami parking dari jam 10.30pagi sampailah hampir jam 7.30 petang.

Dari GPO kami menaiki cable car/gondola dengan harga RM30 per pax untuk dua hala.Harga ini adalah vip pass yang mana laluan yang pantas supaya kami tidak perlu beratur terlalu lama.

Tiket ke Skyworld kami beli di Klook dengan harga RM151 per pax untuk aktiviti outdoor.Kalau ikutkan di Klook banyak pilihan tiket yang ada.Kami hanya ambil yang outdoor aktiviti.

Walaupun kami pergi waktu hari orang bekerja ,tetap tidak dapat kami naik semua permainan.Kadang-kadang menunggu ikut turn lebih lama berbanding bermain .Huhu..

Sepatutnya lebih mudah kami download apps Skyworld dan book siap-siap ikut time,jadi tak perlulah kami beratur dengan lebih lama.

Tak semua game outdoor saya berani main.Takut dan gayat memang tak boleh nak elak.Bila petang pula,hujan rintik-rintik.cuaca amat sejuk dan berkabus dingin ,sampai kami tak nampak jalan.
 





Walaupun saya seronok dengan kawan-kawan,tapi ternyata "me time" tanpa anak-anak dan suami sebenarnya buat saya rasa hati tak bahagia.Rasa janggal bila orang lain bersama anak-anak ,saya tidak.
Ternyata perasaan mak-mak begini agaknya.

Nampak sahaja kami bahagia dengan "me time" kami,hakikatnya saya rasa resah dan sedih rindu anak.Saya bagaikan tidak sabar untuk pulang sahaja dan datang semula ke genting bersama keluarga saya.Hiks

Dalam skyworld saya hanya makan burger yang dijual disitu dengan harga RM24 seketul burger.Mahal juga harganya tapi sebab dah sejuk dan burger paling sedap bagaikan terasa pertama kami makan burger paling sedap.Kawan saya kata memang sedap,rasa dagingna juicy.Bagi saya pula,biasa-biasa sahaja walaupun harga nya luar biasa.Tapi memang mengenyangkan.


Sebelum pulang saya singgah beli pop corn + air mineral dengan harga RM15.Seharian berjalan,boleh tahan kaki rasa nak patah.Pagi tadi pula saya kelam kabut nak keluar cepat ,stoking pun tak jumpa terpaksa pakai stoking sekolah anak,sudahnya melecet tapak kaki .

Bagi saya selepas lebih dari 30 tahun tidak singgah ke Genting,penambah baikkan dan fasiliti yang ada memang menjadikan Genting highland tempat pelancongan yang baik untuk dikunjungi bersama keluarga.

Walaupun ia dikenali sebagai tempat perjudian kasino,namun singgah ke skyworld bersama keluarga boleh buat saya pejam mata dan tidak mahu mengingatkan asal usul dan sejarah tempat itu.Saya akan pujuk suami agar setuju suatu masa nanti jika ada rezeki bawa anak-anak jalan kesini.

Saya akan pilih tiket masuk  dari Klook  sebab harganya lebih murah berbanding beli di kaunter. Kemudian parking kereta di GPO.Naik ke Skyworld dengan cable car.Itu adalah cara terbaik yang saya rasa untuk ke Genting.Harap dapat datang lagi bersama keluarga.








Appreciate your time reading this entry.

Post a Comment

Thank you,come again :)

Previous Post Next Post