Assalammualaikum,rata-rata jika anak-anak muda yang baru mula bekerja,komitmen pertama mereka adalah kereta.Ia tidaklah betul,namun tidak juga salah.Mungkin kereta adalah sesuatu keperluan terutamanya sebagai pengangkutan untuk  ke tempat kerja,jadi ia adalah sasaran pertama ingin dibeli apabila sudah menerima gaji.




Tidak kurang juga keinginan untuk memohon kad kredit dan menukar hp lebih berjenama,untuk menyesuaikan diri dengan level kerjaya dan lifestyle kehidupan di bandar.

Hari ini saya ingin  mengajak anda terutamanya golongan muda untuk memulakan simpan dari gaji bulanan.Tidak perlu banyak dan tidak perlu mengikat perut untuk menyimpan,sekedar satu jumlah yang anda tidak rasa terbeban olehnya ia sudah cukup memadai.

Biar ia sedikit ,tapi konsisten dalam menyimpan.Lebih berdisplin dalam menyimpan untuk masa depan,Jawapannya adalah secara asb financing.Ada yang beranggapan menyimpan dalam ASB secara sendiri itu lebih baik berbanding buat loan,saya tidak nafikan.Namun jika tidak berupaya menyimpan sendiri kerana faktor keinginan  dan kehendak sentiasa menguasai,tetap ASB Financing masih relevan dijadikan medium untuk menyimpan.

Nah hari ini ,saya ingin buat kira-kira anggaran simpanan anda dengan budget dibawah RM250 sebulan,berapa kah anggaran simpanan anda untuk tempoh beberapa tahun dari sekarang.Boleh semak contoh kiraan dibawah ya.

Contoh kiraan ambil loan RM 50,000 untuk 40 tahun tetapi batalkan dalam masa 3 tahun & 5 tahun & 10 tahun.

Loan : 50,000 (Budget dibawah RM250/sebulan)

Tenure loan :40 tahun (untuk umur bawah 30an sahaja)

 

Interest Bank: SBR + 1.30( interest semasa bank)

Installment : RM 219.00  (belum masuk takaful)

Anggaran dividen : 5% p.a ( normally dividen dalam 5% -7%)-based on rekod PNB .Pernah 8%

 

 

CONTOH :DIBATALKAN LEPAS 3 TAHUN

Teknik compounding (dividen tidak dikeluarkan)

Jumlah Dividen terkumpul : RM 7881.00

Anggaran Cash value :RM 1505.00

Jumlah : RM 7881.00    + RM 1505= RM9386.00

 

DIBATALKAN LEPAS 5 TAHUN

Teknik compounding (dividen tidak dikeluarkan)

Dividen terkumpul :RM 13,814

Anggaran Cash value :RM 2621

Jumlah : RM13,814 + RM 2621=RM 16,435

 

DIBATALKAN SELEPAS 10 TAHUN

Teknik compounding (dividen tidak dikeluarkan)

Dividen terkumpul :RM 31,444

Anggaran Cash value :RM 5868

Jumlah : RM 31,444+ RM 5868.00=RM 37,312

 

Disclaimair:  Contoh kiraan berdasarkan mengikut kadar interest semasa dengan anggaran dividen 5% Kiraan adalah berdasarkan pemahaman penulis dan tidak berkaitan dengan mana-mana institusi.

Installment maybe mengalami perubahan naik atau turun related dengan OPR BNM.Kadar dividen adalah ditentukan oleh pihak PNB dan tidak tetap setiap tahun.

 

Untuk lebih info ,sila boleh hubungi saya di

 

Irda : 011-23716700



Appreciate your time reading this entry.

1 Comments

Thank you,come again :)

  1. Saya biasa simpan duit gaji di tabung haji

    Mmg buat senarai list
    Tabung haji rm 300 saya simpan hasil dari gaji sy dpt

    ReplyDelete

Post a Comment

Thank you,come again :)

Previous Post Next Post