Kali terakhir saya ke Padang pada tahun 2015,bersama dua sahabat sekolah saya .Ketika itu saya hanya kesana selama  4h3m.Tujuan hanya untuk berlibur dan shopping di Padang Bukit Tinggi.

Ketika tahun itulah saya mengenali supir terbaik saya,Abg Ad dan kolaborasi saya bermula sejak mengenali beliau ketika itu.(Boleh hubungi saya  jika anda ke padang dan memerlukan pakej supir disana).


Tahun ini,December 2023 saya ke Padang semula selepas hampir 8 tahun tidak ke sana.Dari anak satu,sekarang sudah pun 3 orang.Niat utama saya ke Padang pada tahun ini hanyalah untuk mencari rumah anak yatim untuk berbagi rezeki .






Rasa syukur dengan setiap kemudahan yang ALLAH berikan pada saya sepanjang tahun 2023 ini dan rasa kecukupan yang Dia berikan  saya luahkan dengan memberi lebih lagi kepada mereka yang memerlukan.


Tidaklah banyak,cuma memang saya sudah berniat untuk kesana sambil ingin mengenali pihak pengurusan panti asuhan ..

.........................................

Panti Asuhan Aisyiyah Pariaman
, terletak di Kelurahan Taratak Kecamatan Pariaman Tengah.


Sebelum itu untuk info,Pariaman adalah sebuah kota yang terletak di provinsi Sumatera Barat, Indonesia. Bandar ini berjarak sekitar 56 km dari Kota Padang atau 25 km dari Bandara Internasional Minangkabau (airport).Di Pariaman,terdapat 6 buah pulau-pulau kecil di antaranya Pulau Bando, Pulau Gosong, Pulau Ujung, Pulau Tangah, Pulau Angso dan Pulau Kasiak.


Kalau ingin dikaji dari awal sejarah Kota Pariaman,ia memerlukan satu artikel yang baru untuk dituliskan.Nama Pariaman sahaja ada yang menulis berasal dari perkataan  Hindu (kerana dulu memang ada masyarakat India yang berhijrah dan menjadi warga Pariaman hingga wujudnya nama kampung kaliang) dan masih ada adat budaya hindu masih ada hingga sekarang walaupun majoriti masyarakat Pariaman adalah beragama Islam.

Lihat sahaja dalam perkahwinan,keluarga wanita yang menyediakan uwang hilang/wang japuik,walaupun beragama islam,namun sudah menjadi adat dan budaya begitu.Ada juga menyebut Pariaman wujud dari bahasa arab.Apapun,suku kaum Minang Kabau di Pariaman merupakan pedagang tersohor dari dulu kerana sejarah menuliskan kota Pariaman adalah pusat perdagangan.

...........................................

Pertama kali saya menjejakkan kaki ke Panti Asuhan Aisyiyah Pariaman, saya berasa sungguh nyaman kerana persekitaran yang bersih dan kelihatan bangunannya agak baru mungkin baru lepas dicat.


Di Kota Pariaman terdapat 4 panti asuhan diantaranya Panti Asuhan Yatim Miskin Muhammdiyah Kurai Taji, Panti Asuhan Aisyiyah Mardhatillah, Panti Asuhan Al-Khairat dan Panti Asuhan Aisyiyah Kota Pariaman.


Panti Asuhan Aisyiyah Kota Pariaman
  berdiri pada tanggal 01 August 1970 dan terletak di Jln. Abdul Muis No. 31 Pariaman.

Di Panti Asuhan Aisyiyah Pariaman,anak-anak yang tinggal sekitar 45 orang (Dec,2023).Dari yang  bersekolah rendah hinggalah sekolah menengah.Terdiri dari asrama putri dan putra.


Suasana persekitaran di asrama puteri Panti Asuhan Aisyiyah agak luas mata memandang.Kunjungan saya disambut oleh penjaganya Ibu Sargi.Kali pertama berkenalan dan saya jelaskan maksud tujuan singgah ke sini.


Pagi itu saya datang tu anak-anak yatim tiada di rumah kerana mengikuti ujian.Untuk asrama lelaki pula diasingkan agak jauh dari situ,(berdekatan dengan rumah sakit kota pariaman)harus naik kenderaan pula,jadi saya hanya berkesempatan jumpa beberapa orang anak yatim disitu selepas kali ke 2 datang petang harinya.Ketika saya datang kali ke dua saya telah berjumpa dengan Bunda Jas.


Walaupun pertama kali berjumpa,saya disambut penuh rasa  limpahan kasih sayang.Sebuah rasa yang meresap dalam hati saya.Automatik saya merasakan ada satu semangat untuk bekerja lebih keras selepas ini agar saya masih mampu datang lagi untuk bertemu mereka.


Doa dan setiap kata-kata Bunda ketika kami duduk bersimpuh saling berhadapan antara saya dan adik -adik bersama dengan anak-anak yatim,masih terngiang dan saya berasa sebak ketika itu.

Doa beliau agar saya diberikan kesihatan,diperluaskan rezeki dan beberapa lagi kata-kata beliau yang begitu menusuk hati saya sehingga saya merasakan wanita penjaga rumah anak yatim ini bagaikan sudah lama saya kenali,setiap kata-katanya tersusun dan indah didengar.


Doanya bagaikan ungkapan seorang  ibu yang mendoakan kejayaan anaknya.Ketika pelukan saya berikan,ternyata wanita ini sungguh mendamaikan hati.InsyaALLAH jika ada rezeki suatu masa ingin lagi saya bertemu beliau.

Adik lelaki saya yang jarang menitis air mata,sebak dan saya lihat matanya berair juga disaat puan Jas melimpahkan doanya buat kami sekeluarga.


Tahun ini saya hanya mampu membawakan makanan dan beberapa baju Alya yang masih elok untuk saya berikan.Saya berniat andai satu masa Allah izinkan saya singgah lagi,moga saya dapat beri lebih lagi hendaknya.Aaminn...

Ternyata menyantuni anak-anak yatim membawa satu kedamaian dalam hati yang susah saya ungkapkan dengan kata-kata.Selama ini saya suka reward diri dengan beli jam baru yang mana akan pudar dengan style baru,kasut baru dan baju baru yang mana akan tinggal jadi pameran di almari,saya tenung lama-lama barang yang saya suka beli semuanya tidak memberi kesan lagi dihati.Seronoknya hanya seketika.

Semuanya pudar dan mati rasa mengikut masanya.Barang-barang yang kita teruja untuk membelinya,lama-lama kita tidak lagi tertarik dengannya.Tiada lagi rasa ..

Namun,perasaan menyantuni anak yatim membuat kan saya berasa ingin menjadi orang kaya berjaya dan mampu lebih lagi agar saya boleh memberi lebih lagi buat mereka-mereka yang memerlukan..Ia memberi motivasi dalaman bagi saya agar lebih bekerja keras dan berjimat cermat.Agar lebihan kewangan selepas keperluan boleh saya salurkan buat mereka.Ia sebuah rasa dan keinginan juga cita-cita saya.

“Dan mereka bertanyakan kepada mu (wahai Muhammad) terhadap anak-anak yatim. Katakanlah bahawa berbuat islah (kebaikan) kepada mereka itu (anak-anak yatim) adalah merupakan suatu kebaikan.” (Surah Al-Baqarah ayat 220).

Dalam Al-Quran banyak disebut tentang kebaikan menyantuni anak-anak yatim,ia bukan sahaja baik buat anak-anak yatim itu sahaja malah baik untuk menuntun kehidupan kita juga.Seperti Rasullullah yang sentiasa menyantuni anak-anak yatim dengan penuh kasih sayang dan ihsan.Bagaimana Rasullullah menyarankan kita mengusap kepala anak yatim,kebaikannya sama seperti  banyaknya helaian rambut anak-anak yatim.

Moga sedikit sebanyak dapatlah kita mencontohi baginda Rasulullah

Barangsiapa yang memelihara anak yatim dan memberinya makan dan minum, nescaya Allah akan memasukkannya ke dalam syurga, kecuali jika dia melakukan dosa yang tidak dapat diampuni.” (Riwayat al-Tirmidzi, no. 1917).



Saya berharap suatu masa akan terus dapat datang mengunjungi panti asuhan .Jika diberikan rezeki dan kesihatan,saya ingin berkunjung di  semua panti asuhan yang ada di Pariaman.Bahkan negeri-negeri lain juga.

Moga asbab ini ia lebih mendidik saya menjadi orang yang tidak sombong.Mendidik saya menjadi orang yang tidak merasa dirinya hebat.Moga ia menjadi makanan jiwa dan rohani buat saya.

Mendekati mereka yang kurang bernasib baik bagaikan sebuah pelajaran buat diri sendiri.Ia mendidik hati dan tempat healing yang baik .

InsyaALLAH,Moga kita ketemu lagi di lain hari dengan cerita yang sama tentang menyantuni anak-anak yatim atau orang yang kurang berkemampuan,Ia bukan bertujuan untuk menampakkan saya baik,namun  apa lagi yang boleh saya tinggalkan selain hanya sebuah "cerita" yang boleh dibaca.
















Appreciate your time reading this entry.

Post a Comment

Thank you,come again :)

Previous Post Next Post