Walaupun sudah saya jelaskan di ruangan artikel tentang ASB LOAN dan moratorium sebelum ini.Masih ada di kalangan pembaca yang tetap bertanya soalan yang sama.




Soalan seperti "saya dah ambil moratorium,perlu ke saya bayar semula kalau saya mampu bayar?Perlu ke saya bayar sahaja nanti dividen tahun depan mesti sikit,rugi ke untung saya kalau saya  ambil moratorium  ni?"

Sebelum saya menjelaskan dengan lebih lanjut,lebih baik anda baca dulu artikel saya tentang moratoirum




Baca juga tentang ini :Persiapan dalam fasa Moratorium


Selepas anda membaca 3 artikel saya ini tentang moratorium ,diharapkan anda sudah membuat timbang tara sebaiknya sebelum membuat pilihan.Bagi saya personally ,jika berkemampuan dan tiada terkesan pendapatan ketika PKP ini,TERUSKAN SAHAJA BAYARAN seperti biasa.Itu pendapat saya.

Saya masih memikirkan bagaimana timbul konsep untung atau rugi bila ambil moratorium untuk ASB?Adakah anda beranggapan bila tidak bayar loan selama 6 bulan ia bagaikan diskaun?jadi dividen tetap dapat tetapi tak perlu bayar loan begitu?Jadi kalau dividen rendah pun,tak perlu bayar loan selama 6 bulan,jadi tak lah rugi sangat.begitukah yang anda faham hingga anda yang bertanya konsep untung dan rugi?

Nampaknya anda salah faham tentang keuntungan atau kerugian.Sebenarnya moratorium
itu sendiri bertujuan memberi anda tempoh "bertenang"bukan bertujuan hutang tak perlu bayar kemudian hari.Tempoh bertenang ini bermaksud anda boleh mengurus kewangan untuk keperluan asas lain seperti makanan,pakaian ,tempat tinggal tanpa perlu membayar hutang di bank selama 6 bulan.
Bila musim Covid berlalu atau cukup masa moratorium berlalu,loan tersebut tetap perlu dibayar.
Car pembayarannya samaada akan ada extra payment sedikit setiap bulan atau tempoh loan anda diperpanjangkan.Itu bank anda yang akan beri penjelasan kelak.

Jadi tiada konsep untung rugi.Ia hanya berehat sementara dari bayaran komitment bulanan.Jelas disini?

Saya cuba jelaskan soalan itu dengan sebaiknya bila ada yang whatsapp,mungkin dia  kurang fahamTapi kesian saya,masa yang saya peruntukkan untuk menjawab soalan with no fees,tiada ucapan terima kasih pun.Huhuhu...lain kali siapa yang datang bertanya di whatsapp saya,jelas atau tidak jawapan seseorang,anda setuju atau tidak,ucaplah terima kasih.Kerana yang bertanya itu perlu bantuan,yang menjawab itu sudah menggunakan masanya untuk membantu anda,ucap sahaja terima kasih sebagai adab kita,


Saya sudah TAK mampu bayar loan asb,jumlah loan RM100K.Apa perlu saya buat kak?

Pertama sekali pastikan loan anda bukanlah loan baru.Pastikan ia sudah lebih dari 1-2 tahun,agar jika anda batalkan anda dapat sedikit pulangan dari surpluss.Ini anda boleh direct ke bank yang anda buat loan untuk bertanya,bagi client yang ambil loan asb dengan akak,insyaALLAH akak akan bantu dari A-Z.Proses lulus hinggalah proses pembatalan jika keadaan terdesak.

Kenapa saya katakan perlu lebih dari 1-2 tahun?Kalau loan baru sangat takut ada  bayaran ke bank.Ini kena semak semula loan ada insurance sekali atau tidak.Semak di bank anda ya.Jika ingin penjelasan lebih details boleh baca di link akak tentang ASB LOAN.Pilih label asb loan,banyak penjelasan disitu./Label hanya nampak di desktop,jika anda sedang baca blog ni dari mobile phone,kemunginan label asb tidak keluar.


Selain pilihan untuk batalkan loan tersebut,sayang juga kan?Anda juga boleh pilih untuk kecilkan sedikit loan amount.Jika ambil loan sebelum ni 100k,tetapi sekarang hanya mampu saving dalam 200-300 sebulan,jadi boleh kurangkan loan tersebut kepada 50k contohnya.Boleh,ada prosesnya kena buat.

Jadi bagaimana pengiraan dividen nanti?Jika dari bulan Januari-may loan asb 100k.
Kemudian dari June-Dec loan sudah berkurang kepada 50K.

Maka sijil yang ada di akaun asb anda dan pengiraanya adalah prorata.
5 bulan dikira dengan sijil 100k.lagi .Lagi 7 bulan dikira dengan sijil 50k.Faham?
Kalau tak faham juga boleh hubungi saya.


Akak rasa dividen tahun depan ok tak?

Sebenarnya sekarang PNB sudah cuba melihat pasaran pelaburan ke luar negara.Bukan sahaja di dalam negara.Namun pandemik yang melanda dunia,bukan sahaja negara kita,tetapi seluruh dunia terasa kesannya..Bagilah pengurusan PNB untuk cuba melakukan yang terbaik.Beri kepercayaan.Tiada siapa pun inginkan kerugian.Mereka juga inginkan keuntungan kepada syarikat dan juga pelabur.

Jadi sama-sama kita doakan yang terbaik setiap kali dividen diumumkan.



Appreciate your time reading this entry.

Post a Comment

Thank you,come again :)

Previous Post Next Post