Bulan ini bulan yang amat sibuk bagi saya,bukan sahaja sibuk dengan client sendiri sibuk dengan pembaca blog yang terbaca artikel tentang ASB yang datang singgah  bertanya pada saya.

Ada yang bertanya ambil di bank lain,entah kenapa dia tak hubungi ejen dia dulu.Katanya ada yang sudah resing,ada juga yang dah pindah bank lain .Kot ya dia sudah resign atau join bank lain,soalan tentang ASB itu umum,dimanapun ejen anda sekarang sepatutnya dia boleh membantu dengan menjawab pertanyaan anda.Samada ingin atau tidak sahaja.Paling menyedihkan ada yang bertanya mereka hanya dapat blue tick sahaja dari ejen lama..Ejen ASB jangan buat client anda begini ya,ingat orang yang bertanya jika anda bantu ada nilai pahalanya.

   

Paling saya tidak keruan,sudah dibantu menjawab soalan,terima kasih sahaja tidak.Bila sudah dapat jawapan diminta menderma ke rumah anak yatim pun krik krik sahaja.Berat sangat agaknya RM1 tu.Itu cara saya caj servis percuma saya,jadi hargailah waktu yang saya luangkan untuk membantu anda.Setakat ucapan terima kasih pun apa salahnya.

Bukan senang nak buat orang faham dengan membalas whatsapp,bila dibalas banyak kali pun ada yang tidak faham.Saya call berjela terangkan baru faham.Huhu ini semua perlukan kekuatan motivasi untuk melayani pelabur-pelabur ASB yang bayar tiap bulan tapi tak faham apa yang dia buat..


 

Cara saya memotivasikan diri untuk menjawab soalan-soalan berulang dari anda yang tidak saya kenali dengan meminta anda yang bertanya menderma ke rumah anak yatim sebagai menjadikan kerja atau ruang masa yang saya gunakan menjadi pahala .Anda dapat pahala,saya juga..Lagipun anda bukanlah client saya dari awal.Saya membantu apa yang saya tahu.

Dalam banyak-banyak soalan,ada soalan yang berbunyi:

"Saya dah terminate ASB loan,saya dapat refund cash  3k sahaja,Saya dah bayar 3 tahun takkan ini je duit saya dapat..."

Adik-adik yang akak sayangi,ASB loan dan Dividen adalah dua entiti berbeza namun maksud yang sama.

ASB LOAN diberikan oleh bank,fasiliti oleh bank,tak kiralah dari Maybank,CIMB,RHB,AFFIN ,Ambank,Hong Leong mahupun BSN.Semua ini hanya ejen kepada PNB yang menyediakan package loan ASB buat orang awam yang layak untuk memohon.

Namun harus anda ketahui,dividen bukanlah bank yang tentukan.Jika berbeza bank tidak akan menjadikan dividen anda berbeza kerana dividen diberi oleh PNB (Permodalan Nasional Berhad)..Jadi yang anda batalkan itu hanyalah loan ASB di bank,tidak akaun ASB.

Jadi jika anda dapat cash value rendah dari bank,wajar sahaja kerana bank ada interest bila anda buat loan dengan mereka.Boleh baca artikel akak mengenai ini disini:

Berapa dapat pulangan bila LOAN ASB dibatalkan?  

Namun anda boleh keluarkan dividen dari akaun asb.Akaun asb anda tidak akan pernah ditutup jika loan ASB ditutup.

Untuk mengetahui berapa jumlah yang anda dapat selama beberapa tahun buat asb loan adalah dengan mengira :

Jumlah dividen terkumpul + cash value..

Bukan ambil cash value sahaja dan compare dengan apa yang anda bayar selama ini.

Ada yang tak pernah tahu pun dividen tu masuk kemana dan cara mengeluarkannya.

Dividen ASB boleh dikeluarkan dimana-dimana sahaja ejen PNB yang ada sistem asb.Contoh jika anda ambil loan ASB di Maybank,tidak salah pun anda nak keluarkan dividen asb di CIMB.Tak semestinya anda perlu pergi ke Maybank juga untuk keluarkan dividen.Ingat Maybank hanya bagi fasiliti loan,tetapi dividen adalah hak anda yang diberi oleh PNB. 

Cara nak keluarkan dividen asb:Bawa ic pergi sahaja ke kaunter-kaunter bank yang  merupakan ejen ASB.Hari yang sama anda boleh keluarkan dividen sepertimana anda buat transaksi pengeluaran biasa dari akaun-akaun bank.Jangan lupa daftar sekali Online ASB untuk memudahkan anda membuat semakan berapa lagi simpanan anda yang ada di dalam ASB akaun.Tidaklah lepas ni setiap kali anda hendak bertanya terpaksa ke kaunter untuk buat pertanyaan.

Jadi jika berlaku penutupan akaun loan asb di bank-bank yang anda  buat loan sebelum ini,tetap akaun ASB anda tidak akan tertutup.Diulang,yang terminate tu loan asb bukan akaun asb.

 Berbalik kepada pembaca yang bertanya soalan tadi,

Saya bayar dah 3 tahun ASB, kenapa sikit sangat  duit saya kak?

Baca juga : Batal ASB LOAN,duit yang saya bayar tiap bulan tak dapat semula?

Bila tahu masih ada dividen yang tak pernah dikeluarkan selama 3 tahun dia buat loan asb ,dari mula-mula sentap dan marah bertukar gembira kembali.Baru dia tahu kemana duitnya selama ini.Amboii,nak marah akak pula ya.

Sebelum buat apa-apa dengan bank,lain kali tanyalah  detail .Tanya sampai faham baru sign up.Orang buat,awak buat.Orang bayar awak bayar lepas tak tahu apa bende yang awak buat,faham pun tidak kan..Tapi nasibb baik didiplin dan tidak culas bayaran.Jadi adalah duit simpanan tu kan..

Nasib dia tak stress sorang-sorang,jumpa artikel akak dan datang singgah bertanya.Baru tahu rupanya adalagi dividen tak pernah usik...Banyaklah duitnya 3 tahun lama kan...

 

 Huhu..macam-macam ragam pelabur kita ni :)

Ingin Mohon ASB loan?Hubungi Irda
IRDA
penasihat kewangan anda.
Lebih info kewangan&simpanan.Boleh join disini👇👇


 

Appreciate your time reading this entry.

Post a Comment

Thank you,come again :)

Previous Post Next Post