Kerapkali saya menerima pertanyaan tentang bagaimana cara batalkan loan asb di bank seperti loan asb di Maybank,loan asb di CIMB,loan ASB di RHB loan asb di Ambank dan beberapa bank lagi yang ada fasiliti pinjaman ASB LOAN.

 



Ada yang inginkan batalkan loan asb walaupun baru sahaja lulus dan belum mulakan bayaran.Ada juga yang ingin batalkan loan asb kerana masalah kewangan atau memang sudah tidak berkeupayaan untuk membuat simpanan tetap setiap bulan atas faktor komitmen kewangan yang semakin mendesak.


Bila ingin batalkan loan asb pula akan timbul persoalan akan ada penalti kah?Saya belum mulakan bayaran perlu kena bayar juga kah?atau saya sudah jalan beberapa tahun buat loan asb berapa dapat pulanagan atau cash refund bila loan asb dibatalkan?


Sebenarnya semua soalan itu pernah saya tulis di artikel-artikel sebelum ini.Saya nasihatkan anda boleh baca dulu di artikel sebelum ini atau lebih baik rujuk di bank yang anda buat loan untuk dapatkan jawapan lebih tepat.J

Antara artikel yang pernah saya tulis tentang pembatalan loan asb seperti :

 

[Berapa dapat duit pulangan bila ASB LOAN dibatalkan. ]

[Batal ASB LOAN,duit yang saya bayar tiahtmlp bulan tak dapat semula?  ]

[Berapa dapat pulangan bila LOAN ASB dibatalkan?]

 

 

Diatas hanya sebahagian artikel yang pernah saya tulis tentang pembatalan loan asb.Bertenang-tenanglah anda membacanya untuk hadam dan faham.Kalau anda cuba cari lagi lebih banyak input dan info yang pernah saya tulis dalam niche ASB LOAN di blog ini.Saya harap moga ia bermanfaat untuk anda yang mencari info tentang asb loan.

Bila anda sudah faham,masih ingin teruskan niatkan batalkan loan dan ingin tahu caranya batalkan loan asb anda?


Mudah sahaja,


Cara batalkan loan ASB

Tidak kira di bank mana yang anda ambil samada consultant asb datang kepada anda,datang buat talk asb di pejabat anda atau berjumpa di kedai kopi mahupun anda sendiri mohon asb loan ketika walkin ke bank.

Cara batalkan asb itu mudah sahaja.Samada anda masih berkomunikasi dengan banker tersebut dan minta bantuannya batalkan loan asb anda.Sebelum tu jangan lupa minta bantuannya untuk semak oustanding terkini loan anda dan buat pengiraan samada anda perlu bayar apa-apa ke bank atau anda akan menerima cash refund dari bank.

Perlu diingat tidak akan ada pengiraan yang tepat,banker anda juga akan hanya dapat beri anggaran amount sahaja.Semuanya akan lebih tepat bila loan asb selesai dibatalkan sahaja.

Selalunya jika banker itu masih bekerja di bank tersebut,beliau akan dapat semak kerana masih boleh akses sistem di bank tersebut.Yang jadi masalah jika banker tidak lagi bekerja di bank tersebut.

Jadi bagaimana caranya batalkan loan asb?

 

Mudah sahaja,anda direct walkin ke mana-mana cawangan bank tempat anda buat loan asb dan jumpa pegawai disitu nyatakan anda ingin batalkan loan asb.Tidak akan jadi masalah jika anda ambil loan asb contohnya di CIMB SABAH namun sekarang anda berada di Kuala Lumpur dan ingin batalkan loan asb di CIMB Kuala Lumpur.Ya boleh,tiada masalah.Tak perlulah tunggu bila anda pulang ke Sabah untuk batalkan loan asb.

 

Bila anda ingin batalkan loan asb di cawangan bank pastikan.

1.Anda isi borang pembatalan loan asb

2.Anda ambil copy borang pembatalan tersebut untuk rujukan anda kelak.

Pembatalan asb loan selalunya ambil masa dalam 2 minggu hingga 2 bulan bergantung kepada proses antara bank dan asnb

Pada borang tersebut anda hedaklah isi no akaun anda siap-siap,jika ada pemulangan cash value anda akan menerima kredit terus ke akaun anda.Namun jika lebih 2 bulan anda masih belum menerima sebarang amount ke dalam akaun anda,saya nasihatkan anda semak semula dengan bank status pembatalan ,takut-takut ada amount anda perlu bayar ke bank dan akaun belum ditutup.

Jika ini berlaku,anda digalakkan untuk bayar dengan kadar segera untuk mengelakkan nama anda dalam CCRIS.Berbincanglah dengan pihak bank ya.Jangan biarkan atau buat tidak tahu,lambat laun takut-takut amount yang sediikit akan jadi banyak kerana anda buat tidak tahu.

Itu akan jadi masalah bila nama anda sudah bermasalah untuk mohon loan lain,anda akan salahkan asb loan pula.Sedangkan semua tanggungjawab itu anda perlu pikul dari hari pertama  anda pilih untuk isi borang permohonan asb loan.


Sesetengah bank ada dua borang untuk diisi sebagai pembatalan.Satu untuk asb loan dan satu lagi untuk insurance.Pastikan anda inform banker bila anda batalkan loan asb nyatakan anda ingin batalkan sekali insurance yang ada pada loan asb tersebut jika loan asb anda lengkap dengan insurance atau takaful.

Selalunya bank akan buat 2x kredit ke akaun ,satu refund cash value dari principal loan jika ada dan satu lagi refund insurance jika ada.Selalunya tarikh refund adalah berbeza.

Principal refund dulu dan insurance kemudian,kerana pihak bank juga perlu menunggu amount dari syarikat insurance contohnya jika CIMB dari sunlife,etika untuk Maybank ,Affin dari Syarikat Takaful Malaysia untuk islamic loan dan dari AXA jika conventional loan sebelum dikreditkan ke akaun anda.

Jika anda dapati lepas sebulan principal kredit tiada lagi sebarang amount anda terima,redha sahajalah mungkin loan anda tiada refund untuk insurance.


 

 

Appreciate your time reading this entry.

2 Comments

Thank you,come again :)

  1. Amount yang kena bayar tu kira bayaran bulanan yang peminjam tu skip ke macam mana? Saja nak tahu. Tak pernah buat loan ASNB ni😅

    ReplyDelete

Post a Comment

Thank you,come again :)

Previous Post Next Post