Bismillahirrahmanirrahim.

5 perkara pengguna kad kredit harus ambil tahu di awal tahun.



Selamat datang tahun 2023,moga tahun ini lebih baik,lebih sukses dari segi apapun yang kita lakukan,moga tahun ini memberi lebih kebaikan buat kita.InsyaALLAH.


Anda pengguna kad kredit seperti saya?Jika dulu saya ada 3 kad kredit dari 3 bank berbeza,untuk tahun ini saya hanya kekalkan 2 kad kredit dari dua bank berbeza.Less is better :).Sudah semestinya ia adalah kad kredit terbaik yang saya ada.


Diawal tahun begini,baik rasanya kita buat kira-kira dan merancang kewangan dengan baik.Mungkin perancangan penjimatan mahupun penambahan sumber pendapatan agar sepanjang tahun 2023 kita tidak terbabas dalam mengendali kewangan kita.


Jadi sebagai pengguna kad kredit,ada 5 perkara anda harus "alert" sebagai pengguna bijak dan berhemah.Kerana kad kredit kalau kita bijak menggunakannya ia menjadi kawan,kalau kita leka semua main "swipe" sahaja dan bayar pula sikit-sikit minimum payment setiap bulan,sudahnya akan menjadi beban yang menghantui kita. Jadi hati-hati ya.


1.Check expired kad kredit.Tamat tempoh kad kredit anda.


Setiap kad kredit ada expired /tempoh tamat penggunaanya.Contoh depan kad ada tulis  3/23.Ini bermaksud kad kredit anda akan tamat tempoh  bulan 3 tahun 2023.Jadi pastikan bila sampai bulan tersebut anda sudah ada kad kredit yang baru.Jadi bila emergency nak guna kad,kad baru sudah ada.
Bayangkan bila beli barang di pasaraya,dah stanby nak bayar sekali kad kredit anda tamat tempoh,kan haru biru jadinya,apalagi cash tiada di tangan.Aduh malunya..


2.Service Tax RM25 setahun.

Bersedia untuk dikenakan caj RM 25 setahun sekali.Saya pernah tulis tentang caj ini untuk pengguna kad kredit di Malaysia.Artikel tersebut boleh dibaca disini,


Jangan salah faham ya,Service Tax bukanlah caj tahunan pengguna kad oleh bank,namun ia adalah service tax yang dikenakan oleh kerajaan untuk pengguna kad kredit.

Salah satu sebab saya batalkan satu kad yang kurang penggunaan sebab nak jimat Service tax RM25 .Kalau ada 3 kad kan sudah RM25 X 3 : RM75 cost untuk memiliki kad kredit.


3.Redeem point sebelum tamat tempoh (expired)


Ada kad kredit adalah jenis rebate kad dan adapula yang collect point.Saya ada dua-dua kad,kad kredit terbaik yang saya ada.
Untuk kad kredit rebate di petronas saya pakai kad kredit ikhwan islamic dari Maybank.

Kad kredit dari Maybank ni paling saya suka guna sebab dia ada rebate dengan petrol di petronas dan dalam masa yang sama ada pula point penggunaan. Apps MB2U juga sangat efficient dan bagus.

Setiap kali saya buat bayaran,apps menunjukkan baki terkini kad kredit saya.Jadi mudah untuk saya buat balancing penggunaan.

Anda boleh lah cuba apply kad kredit Maybank di link ini : Mohon kad kredit secara online.

Sebelum hujung tahun,saya akan semak berapa jumlah point terkumpul.Cara mudah semak jumlah point adalah melalui website bank tersebut,tengok dibahagian bawah statement kad kredit anda.
Kemudian terus claim rewards bergantung jumlah point yang anda ada.Dalam website Maybank2u memang akan ada link ke reward point redeem terus.Just klik https://mytreats.maybank.com/my


Baru-baru ini saya sudah pun redeem point kad kredit Maybank saya dan point saya tidaklah banyak sebab penggunaan kad pun tidaklah kerap mana.Dapatlah saya redeem periuk kukus brand Tupperware.Best kan?

5 perkara pengguna kad kredit harus ambil tahu di awal tahun.


Sedikit info untuk maybank islamic ikhwan kad. 

  • 5% rebate untuk petrol dan groceries di hari Jumaat dan Sabtu capped RM 50 sebulan.
  • Setiap RM1 yang saya belanjakan di dalam dan di luar negara akan dapat 1 Treatspoint (Except for Petrol & Groceries on Friday & Saturday juga Government bodies)
Lepas ni saya berazam nak kerap guna kad kredit.Asalkan ada machine untuk swipe kad kredit,saya beli apapun saya akan pakai.Bolehlah saya collect point kan?Terutamanya retails transaction.

Anda boleh lah cuba apply kad kredit Maybank di link ini : Mohon kad kredit secara online.



Kad ke dua yang saya ada sekarang adalah kad islamic platinum dari AFFIN BANK.Antara kelebihan kad islamic platinum dari AFFIN BANK yang paling saya suka  boleh enjoy airport lounge.Untuk kad kredit AFFIN BANK kalau ada yang berminat nak apply boleh mohon direct dengan saya secara online.Syaratnya minimum salary 30,000 setahun atau minimum RM2.5K sebulan.


Untuk info anda,semua jenis kredit kad AFFIN BANK  boleh withdraw cash tanpa interest  (cash on call). Boleh whatsapp saya untuk tahu lebih info.Saya pernah tulis tentang cash on call disini : kad kredit dan cash on call.


Sebelum tahun baru menjelma,saya juga redeem point kad kredit saya di AFFIN BANK.Tetapi, sebab kad AFFIN saya jarang guna,saya hanya redeem point yang layak untuk tahun in hanyalah 2   botol nescafe .Penat saya scroll di website,dalam banyak-banyak pilihan itu sahaja saya nak sangat.Hehe,kelakarkan?Tapi ok sahaja,seronok tau dapat redeem hadiah ni .Ya lah benda free..


Untuk redeem affin rewards point,anda boleh masuk ke website ini ya: https://rewards.affinbank.com.my/affinrewards/catalog.Saya share sebahagian top selling dalam rewards AFFIN BANK  .Kalau nak mohon kredit kad AFFIN BANK   saya boleh tolong uruskan.


5 perkara pengguna kad kredit harus ambil tahu di awal tahun.



4.Tukar kad kredit ke islamic kad kredit.


Jika tahun lepas anda tidak menggunakan kad kredit islamic.Apakata tukar tahun ini ke islamic kad kredit?Kenapa kad kredit islamic ini lebih baik?Selain ia patuh syariah ,kad kredit islamic tiada compounding interest.Anda juga boleh buat penambahan kad kredit ke islamic kad kredit jika kad lama masih ada baki tertunggak dan tidak boleh dibatalkan.


Saya pernah tulis disini kebaikan kad kredit islamic .Boleh baca ini ya :Antara credit card islamic dan conventional mana yang lebih baik?  atau boleh juga baca : Bagusnya credit card islamic jadi pilihan saya



5.Semak yuran tahunan bank (Annual Fee) kad kredit anda.


Kebanyakan bank sekarang memang offer free annual fee whole life(seumur hidup tiada yuran tahunan kad kredit).Namun jangan silap ada juga FREE annual fee bersyarat.Ada juga kad kredit yang free annual fee 3 tahun sahaja atau setahun sahaja,tahun berikutnya perlu guna beberapa kali baru dapat free annual fee.

Contohnya kad Affin  Bank AFFIN DUO,selepas 3 tahun penggunaan,untuk dapatkan annual fee free perlu guna 12x minimum dalam setahun.Mudah sahaja kan syaratnya,namun jika terlepas pandang sia-sia sahaja kena caj annual fee dari bank.Caj annual fee selalunya dalam RM70++ hingga RM500 pun ada.

Jadi jaga-jaga, sentiasalah ambil tahu T&C kad kredit yang anda guna.

Anda juga jangan keliru antara Service tax dengan Annual Fee ya.Service tax adalah caj oleh pihak kerajaan kepada pelanggan bank yang ada kad kredit.Semua pengguna kad kredit di Malaysia ini tidak terkecuali,manakala yuran tahunan(annual fee)adalah caj oleh pihak bank kepada customer.

Ala macam kad atm juga,kan setahun sekali ada debit caj tahunan.Dulu-dulu caj atm card RM8 sahaja masa saya mula kerja,sekarang ada yang cecah RM12-RM15 setahun.

Tetapi anda jangan risau,kad kredit annual fee selalunya akan waived kalau kena gayanya.Ada juga point yang boleh tukarkan kepada bayaran annual fee atau tidak kena langsung charge jika memang free for wholelife .

Berbanding caj tahunan ATM card,memang akan terus debit akaun saving/current akaun anda yang link dengan ATM card tersebut.


Sebagai pengguna kad kredit yang bijak,tahun ini berazamlah bayar sebelum due date untuk tidak dikenakan interest.Bijak memakai kad kredit sangat membantu mengurus cash flow anda.



Pm Irda jika anda belum pakai kad kredit.

Irda
Trusted Consultant.
Kuala Lumpur,Malaysia



Appreciate your time reading this entry.

3 Comments

Thank you,come again :)

  1. Nice sharing Irda. Info yang berguna buat yang pertama kali ingin menggunakan kredit kad. Dapat tebus hadiah tu best juga!

    ReplyDelete
  2. Info yang amat berguna untuk pengguna kredit kad , terutamanya kepada pengguna baru kredit kad!

    ReplyDelete
  3. tq for info.....x pernah guna langsung kad kredit......rasa mcm nk guna bila ada keperluan kalau ada kecemasan tapi masih was-was.......zero bab kad kredit nie.

    ReplyDelete

Post a Comment

Thank you,come again :)

Previous Post Next Post