Kredit kad AFFIN Duo-i adalah kad baru version islamic yang launch pada March 2023.Atas permintaan ramai,kad kredit ini sama sahaja benefitnya dengan kad kredit Affin Duo conventional,namun bila ia berkonsepkan islamic maka ia adalah kad kredit patuh syariah .
Lebih banyak kebaikan menggunakan kad kredit islamic ini seperti yang saya pernah tulis disini tentang kelebihan kad kredit islamic di artikel:Kenapa perlu pilih kad kredi islamic
Apa yang anda perlu tahu tentang Affin Duo-i kad?
Benefit AFFIN Duo-i |
Seperti gambar rajah diatas.Ia adalah kombinasi 2 kad iaitu Mastercard reward & Visa Cash Back.Ia memang datang dengan dua kad dan dua kelebihan berbeza.
Ada rebate card (Visa Cash Back warna biru) + dan ada Reward card (Mastercard warna merah)-Detail cash back dan reward point ada seperti di gambar rajah diatas.
Anda boleh jimat RM30 hingga maximum RM50 sebulan bergantung pada baki kad kredit statement anda.
" 3% cashback on online/e-commerce, e-wallet, and auto-billing transactions "
Cash rebate ni kalau nak tahu details,ia akan masuk dalam statement kad kredit anda.Contoh pembelian barang online total harga RM 500,sebab pakai VISA CASH back anda hanya perlu bayar RM485 sahaja sebulan.Sebab 3% dah ada rebate.Itu untuk satu pembelian.Anda boleh kumpul hingga maximum RM50 sebulan mengikut syarat baki statement .
Untuk reward point pula,anda boleh collect point banyak -banyak kemudian boleh tukarkan kepada reward dengan bank.Untuk reward point d AFFIN BANK saya pernah tuliskan disini pengalaman saya yang terbaru tahun 2022 apa yang saya claim dari reward point saya di artikel ini:5 perkara pengguna kad kredit harus ambil tahu di awal tahun.
Setiap RM1 (Mastercard reward point)yang dibelanjakan pada dining, groceries, and petrol transactions akan dapat 3x ganda point.
Point ini sah laku hingga 3 tahun .Jadi bolehlah kumpul point banyak-banyak dan kemudian redeem dalam website.Banyak hadiah menarik menanti anda tau.Bacalah pengalaman saya diatas apa yang telah saya redeem tahun ini
Ada apa-apa bayaran fee ke untuk AFFIN DUO-i
Ada fees wajib untuk anda bayar untuk satu kad selepas kad diaktifkan iaitu RM25 Service tax per card setahun sekali.Ini adalah tax oleh pihak kerajaan bukan dari bank.Jadi jika dua kad (RM25 X2)-Setahun sekali sahaja caj ini.
Lebih info tentang kad kredit service tax boleh baca disini ; Kenapa kad kredit saya ada Caj tax RM 25?
Selain SST caj,apa lagi caj anda perlu tahu?
Apa-apa kad mesti ada yuran tahunan kan.Seperti AEON card,hatta atm card pun ada yuran tahunannya.Kad kredit juga begitu.Namun yang bagusnya,kad kredit AFFIN Duo-i hanya ada caj tahunan selepas 3 tahun ia diaktifkan.Lagi menarik,ada cara untuk waived caj tahunan iaitu guna pakai kad ini 12x minimum dalam setahun.Pakai kat petrol station pun boleh lebih 12 kali sebulankan?Mesti boleh waived tu.Ini syarat setahun kot.Kalau pening sangat lepas 3 tahun tu boleh sahaja batalkan kad kredit ni.Hehehe
Berapa caj tahun AFFIN DUO -ini kalau tidak dapat waived?RM 75 untuk primary kad. :Haa jaga-jaga tau,sila alert tentang Annual Fees + SST
Apa lagi kelebihan kad AFFIN DUO-i ni?
Untuk kad kredit yang baru lulus,untuk tahun 2023 ini ada offer zero interest untuk BTP & CIP.
Apa itu BTP ( Balance Transfer Program),contohnya anda ada kad kredit baki di bank lain dan nak bawa baki tersebut ke AFFIN BANK ( 0% )interest for 12 month.
CIP pula,anda boleh dapatkan cash dari kad kredit anda dengan 0% interest juga.Anda boleh baca artikel lama saya ini untuk mendapat sedikit gambaran dan pemahaman apa itu cash on call .Mungkin ada sedikit perubahan pada terma dan syarat kerana artikel ini ditulis sudah 2 tahun lamanya,tapi ia masih boleh dibaca sebagai pemahaman sahaja.
Artikle cash on call : Apa itu cash on call
Selain benefit kad kredit diatas,kad AFFIN Duo-i yang islamic ni banyak kelebihan lain seperti.
>Tiada penalti dikenakan jika early settlement untuk easy payment plan.
>Paling penting tiada unsur riba kerana interest tidak compounding
Kita haruslah cakna kad kredit apa yang kita pakai dan saya selaku financial consultant lebih lagi rasanya bertanggungjawab untuk promosikan yang terbaik untuk anda.Jika anda belum ada kredit islamic silalah mohon satu sekarang.
Hubungi saya untuk khidmat nasihat seterusnya.
Salam perjuangan kewangan.Bijak guna kad kredit ia adalah kawan,tidak disiplin gunakan kad kredit ia bagai bara dalam genggaman.
Appreciate your time reading this entry.
Post a Comment
Thank you,come again :)